Jumaat, Julai 25, 2008

PROJEK PENANAMAN CENDAWAN DI SABAH

PROJEK PENANAMAN CENDAWAN

Pengenalan

Korporasi Pembangunan Desa (KPD) telah memperkenalkan Projek Cendawan pada tahun 1989 di kawasan Moyog, Penampang dan Kundasang, Ranau. Projek ini dilaksana dengan menggunakan konsep Perladangan Kontrak di antara pihak KPD dengan para petani di kawasan tersebut.
Bagi memastikan bekalan bibit cendawan yang berkualiti disediakan secara berterusan kepada para peserta projek, KPD telah membina sebuah Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan di Masilau, Kundasang pada tahun 1991. Walau bagaimanapun pusat ini hanya mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 3,000 p'p' bag per batch. Selepas itu pusat ini sentiasa membuat penambahbaikan bukan sahaja dari segi kuantiti pengeluaran tetapi juga kaedah pemprosesan p'p' bag serta kualiti dan jenis bibit yang dikeluarkan. Sejak tahun 1995 pusat ini berupaya menghasilkan bibit cendawan sebanyak 5,500 p'p' bag per batch. Kini Pusat Pengeluaran Bibit Cendawan tersebut dikenali dengan nama Borneo Mushroom selaras dengan konsep hala tuju KPD yang baru.
Sebagai perakuan dan pengiktirafan terhadap usaha-usaha KPD untuk mempertingkatkan kualiti projek ini, Borneo Mushroom telah dianugerahkan sijil HALAL, MS-ISO 9001:2000 dan SALM (Skim Akreditasi Ladang Malaysia) pada tahun 2007. Pemberian sijil SALM ini membolehkan KPD mengguna jenama Malaysia's Best dalam produk cendawan keluarannya.

Objektif

1. Meningkatkan hasil pengeluaran cendawan yang berkualiti
2. Menyediakan sumber pendapatan yang berterusan kepada para peserta projek
3. Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan

Aktiviti Yang Dijalankan

1. Membekal bibit cendawan (substrak dalam Polypropylene Bag yang telah diinokulasi dengan benih cendawan) kepada petani (peserta projek), pengusaha persendirian dan di ladang KPD sendiri.
2. Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pemeliharaan cendawan kepada para peserta projek Perladangan Kontrak.
3. Memberi Kursus Teknikal Pemeliharaan Cendawan berbayar kepada orang awam yang berminat.4. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani atau pengusaha persendirian yang membeli bibit dari Borneo Mushroom.

Jenis Produk Yang Dikeluarkan

1. Bibit cendawan
2. Cendawan segar (Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Telinga Kera)
3. Cendawan kering (Ling Tze Slices)
4. Ling Tze Coffee
5. Ling Tze Tea

Khasiat Cendawan

(Sumber dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
1. Cendawan Shiitake (Lentinus endodes) >Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.Merencat kejadian semula kanser.Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfosit dan makrofaj melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
2. Cendawan Ling Tze (Ganoderma sp.) >Menghalang dan merawat kanser.Meningkatkan sistem imun: antiallergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan antioksidan. Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat asma dan masalah pernafasan lain.Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
3. Cendawan Tiram (Pleurotus spp.) >Mengawal atur darah, anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid. Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Merencat pertumbuhan tumor. Antioksidan dan aktiviti perlindungan gen.
4. Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.) Merawat gangguan kardiovaskular: memecah darah beku, mengawal atur tekanan darah, merendah kolesterol dan lipid. Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA. Boleh mengurangkan berat badan.

Nilai Nutrisi

1. Mengandungi protin dan kabohidrat yang tinggi
2. Kaya dengan vitamin dan zat galian

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai projek ini bolehlah berhubung terus kepada alamat di bawah:
Projek CendawanKorporasi Pembangunan DesaAras 2, Wisma Pertanian SabahJalan Tasik, Luyang(Off Jalan Maktab Gaya)Beg Berkunci 8688998 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 291301Fax: +6088 291354
Laman Web:
http://www.sabah.gov.my/kpdE-mail: kpd@sabah.gov.my

Pemandangan kompleks Borneo Mushroom yang terletak di Masilau, Kundasang


Rumah cendawan milik peserta projek KPD



Rumah cendawan milik KPD sendiri



Mesin yang digunakan untuk memproses bibit cendawan

Cendawan Shiitake segar

Cendawan Ling Tze

Cendawan Tiram

Cendawan Telinga Kera

Produk Ling Tze Coffee dan Ling Tze Tea yang dikeluarkan di Borneo Mushroom

Selasa, Julai 22, 2008

Hasil Pertama

Ok ni la rupa bentuk cndwn yg aku dah load dalam rak yg huby aku buat kan.Tu sebahagian daripada yang aku dah masukkan la.Setakat ni Alhamdulillah hasil dia mmgla bagus sgt..Mungkin sebab kawasan aku ni sejuk dan hasil yang pernah aku dapat untuk 1 bongkah mencapai 200g.




Yang ni lak gambar waktu malam yang aku amek...Pagi td masih lagi boleh tahan kecil.Malam ni dah besar giler..So anak aku pun apa lg "Bu petik la cendawan ni buat sup"Aku dan huby apa lg petik la...Bukan jual tp kami petik dalam 9 bongkah la buat goreng tempura...anak aku dapat la makan sup mlm tu.Bukan tak pernah makan tp xcited nye pasal kot coz aku baru benarkan mereka masuk malam tu...Selama ni dia xdpt masuk aku tak kasi...takut jahanam bangsal aku...Dia jenis lasak....kang salah petik ke salah jalan ke abis cndwn aku nak buat jual..dah la tak banyak baru nak mul ala kata org.Tapi yang sedihnye cendawan ni x serentak kuar.Selepas di selidik dan tanya org lain yang pakar skit dari aku..kata mereka mungkin tarikh pembuatan bongkah ni tak sama.Mana taknye masa aku beli dah berlonggok kat bawah balai.Mungkin betul gak apa yang dikata.So sekarang ni aku dah tak pening lagi coz dah buat bongkah sendiri.Dah dapat tempahan pun dan yang bestnye banyak lak tu..Ermm bukan jual cendawan tapi jual bongkah..Hehehe.So InsyaAllah dalam bulan Sep ni makin banyak la bongkah dan cendawan yang akan kuar coz next week bangsal baru sedang dalam pembinaan kat tanah yang aku baru beli tu...Tunggu dan lihatlah hasilnya.

Khamis, Julai 17, 2008

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU - AUGUST 2008



Buat pertama kalinya ZAF akan mengadakan Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu bagi bulan August yang akan diadakan pada 23 August 2008.Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu atau sedang mengumpulkan maklumat tentang cendawan anda boleh hadiri kursus ini. Untuk pendaftaran sila SMS Nama Penuh, No Telefon, Alamat Surat menyurat anda ke no ini:- Ima 012-3645348 / Zai 012-3018728.Atau emailkan ke alamat berikut:-ixora_kima@yahoo.com.Semoga kursus ini akan berjalan dengan jayanya

Jumaat, Julai 11, 2008

Baru kenal apa itu CENDAWAN

Setelah hampir 2 tahun mengkaji dan mengkaji tentang cendawan akhirnya aku terbuka pintu hati untuk menjadi salah seorang pengusaha cendawan tiram kelabu.Puas cari info dgn jabatan pertanian dan lastly aku online pc dan menggodam dan menggodek bak kata bebudak sini,aku jumpa la plak blog cendawan.So kat situ aku dapat bnyk in4 ttg cendawan.Aku nekad habiskan duit nak beli susu anak ngan pampers dia buat g bayar duit kursus cndwn kat 'SIFU' Akmal dari Klang.Memula huby x benarkan coz no money no talk....tu kata dia.Kata aku no way aku nak gak g blajar dan wat benda ni.So Aku g dgn naik bas je....Dia x dpt anta coz keje.Smpai sana aku blaja dan masa nak balik aku jd salah seorang buyer terbanyak le kiranya ari tu...Mana taknye aku beli bongkah cndwn sampai 100 lebih dah tu nak kena naik bas..Korang bayangkan betapa susahnye naik bas bwa mende tu...Lastly aku call huby kt mai la amek aku coz aku x larat nak bwa.So dia stuju & mai la ke Klang....Punya la lambat dia sampai....Sesat x jumpa jln nak masuk aku dok kt sana ngan En.Akmal sampai kul 7 lebih..Dah Magrib dah..So pendekkan cerita aku sampai Melaka dah kul 11 lebih(malam) Tu lum kira aku sampai umah.Penat pun x ilang lg...Smpai umah esoknye aku terus susun kt dlm rak baju arwah mak aku...Dah x guna lg pun lemari tu...Tp ayah aku bengang....So perap je dlm tu..Tp tetiap ari aku dok tgu hasil.