Khamis, Februari 19, 2009

Ulat dan Kulat

Asalamualaikum....Lama tul x update blog ni maklumlah tgh bz tahap kritikal ni he..he..he..First sy nak ucapkan tima kasih buat kengkawan yg masih sudi lawat blog ni.Sory le maklumat x kemaskini.So apa yg nak diceritakan kt sini regarding my bongkah.Memang sakit hati bila buat dah jadi tp sampai halfway ada lak problem..So aku rasa apa yg korang (pembuat bongkah)rasa la kan.Lepas 1 month hasil yg keluar memang le best coz permintaan cndwn lg tinggi dari yg aku sangkakan.So skrg nak besar kan lagi tp kena pindah tmpt.Maklumlah kawasan banjir ni payah skit.Alhamdulillah pd 19/02/09 jentera telah memulakan kerja tp aku x dpt tgk coz kena g kije gomen.Kang asyik cuti kena buang kije lak.Busines masih lum mantap lg.$ ur in4mation aku dah start jual bongkah dan tempahan amat memberangsangkan.Masalh yg aku hadapi adalah cingkenet/ulat dalam bongkah yg dah kukus.Sifu Faisol kt ada telor ulat kat dlm habuk kayu.So masa kukus dia x mati.Tp x le sampai beratus bongkah cuma beberapa sahaja.aku geramnye pasal korek balik benih dan kukus semula..Ha korang tau memutih ulat kt tepi2 dlm plastik tu.Huby aku kt "kejamnya awak"tp yelah dia yg nyibuk kacau projek kite padan muka dia.Tu satu hal dalam 1 minggu lepas tu bongkah yg sama kuar lak kulat hijau..lain ok je dia lak terlebih"ok" so aku dgn marahnya kuarkan dia dan lesir(kata org Melaka)ke tong sampah dan g bakar.Abis cite.So sesapa yg terbaca ni sila lah bg option 4 reduce kan masalah ulat dan kulat tu.Nanti lain kali aku post gmbar skali.Ni kt opis tgh kije..Ngulau jap dalam 30 minit kt depan pc.

Rabu, November 12, 2008

Jalan-Jalan Cari AYNE

Pada hari Sabtu yg lepas sy bergerak ke arah Muar destinasi pertama...Kengkonon nak beli dedak kt kilang Bernas tp masa x cukup kilang dah tutup..Mana taknya berpusing cari jalan..Nasib la Pak Syed CSU ada tlg bg info dlm hp.Dah tu sy dan suami ke destinasi kedua iaitu tapak projek AYNE...Perghhh saya x pernah ke arah sana terasa jauh la sesangat..Masa dah sampai kt Kaw Perindustrian Bakri sy nak pusing balik dah ingatkan dah sesat jalan...Dah la cl MR Faisol x angkat hp upanya dia kt x dgr mesin pembancuh dia macam enjin kapal terbang kata dia.Dia ingat baru nak bkenalan skali tgk dah sampai kt depan umah dia..Kawasannya luas dan bnyk la alternatif yg dia guna untuk jimat tenaga manusia dan jimat kos..Sya juga akan membuat perkara yg sama mcm dia.Jimat duit.So 4 Mr Faisol TQ coz bg tunjuk ajar dan thank 4 the chiken papper tu.memang berkesan la dan betul apa yg dikata.Tp sygnya sy x ambil gambar lak masa lawatan tu...InsyaAllah lain kali kita berposing ye sesama...Kengkawan kat sini sy nak kata la ikut kemampuan kita untuk membuat sesuatu jgn ikut org atau nak tunjuk lagak memang x berbaloi.Sy sokong cara AYNE jimat kos tu.

Selasa, November 11, 2008

Bongkah sendiri

Ini Suamiku tercinta yang banyak membantu dari segi mental dan tenaganya.Tu macam masukkan bongkah kt dalam tong mana laaaa tak rasa nak patah pinggang...
Ermmmm Buah hati ibu tersayang,yang kecil skali tu yg terpaling rajin buat beg media.

Ini sebahagian daripada bongkah yg telah siap tp lum tutup ngan kertas lg tu


Ha yang ni kalu dia xde mau nangis ibu ngan ayah nak bagging nak oooiiii.Dia lah yg x tido smpai kul 1 pagi nak tolong katanya biar dapat banyak cendawan,nanti kalu dah bnyak ibu jual dan kita banyak duit leh g makan Mc Donal ngan g bercuti katanya..Wah doakan sy berjaya dan maju agar harapan anak sy ni tercapai...



Ini le org kuat yg membantu saya selama beberapa hari ini dalam menyiapkan bongkah saya.Yang Perempuan tu anak kedua dan ketiga yang rajin membantu sya sampai lewat malam pun dia sanggup.Tapi yang lelaki tu malas sikit hangat-hangat tahi ayam aje dia tu.Buat satu bongkah je pastu masuk tgk tv citer kartoon lg best kata dia. Kalu nak harap dia...x de le bongkah jawabnya.








Asalamualikum...Ermmm lama betul sy x update blog ni..Sibuk dengan tmpt kerja department baru dan untuk Sabtu yang lepas sehingga la hari ini sibuk pula dgn membancuh bongkah.Ha kau sampai jam 2 pg le nak menyiapkan keje tu siap kukus memula tu rasa nak pitam gak bgun esok pagi tu sakit 1 badan.Huby lak kata "patah pinggang abang"Tu baru 120 kg dia bancuh...Maklumlah selama ni beli siap dah tu permintaan untuk bongkah sy memberangsangkan dan sy membuat keputusan untuk membuat bongkah sendiri.Patah juga pinggang be..Org xde mesin pembancuh lum ckup modal.Tp InsyaAllah x lama lg dpt le mesin tu..Hehehehe.Ha gambar tu diambil pada jam 12 malam semalam(Isnin).Ni baru sebahagian je yang disusun yg lain lum sempat susun lg masa tu.Ni kejaan suami & anak sy le tak dipenuhkan katanya nak nampak banyak.Tp memeang penuh pun bangsal tu dlm minggu ni InsyaAllah....So kita nantikan je hasilnya pula pada awal Januari 2009.

Selasa, Ogos 26, 2008

Selamat Berpuasa

Asalamualaikum...Lama betul sy tak membuat sebarang post.Tahniah kepada kengkawan yang telah berjaya menempatkan diri di MAHA yang lepas.Harap selepas ini perniagaan akan bertambah maju dan berjaya.Juga tahniah buat En.Ramlee dari KULAT yang telah berjaya membuat perjumpaan pertama bg pengusaha cendawan seM'sia.Sy x dpt dtg kerana menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat.Ermmm memang rugi rasanya coz x dpt nak tau apa yang dibincangkan.Mungkin masa akan datang sy akan dtg joint sekali.
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sy mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN SYAWAL Diharapkan dengan datangnya bulan puasa ni akan dapat menambahkan rezeki kita lg.Saya nak sarankan lah bagi wanita2 dan isteri2 pengusaha cendawan...raya x payah buat kuih bebanyak goreng je cndwn tempura dan try la buat keropok cendwan lak.Sy pun tgh mencuba resepi yg dibikin sendiri untuk buat keropok cendwan.InsyaAllah kalau jadi nanti dptlah korang suma tgk je kt blog kalau nak makan dtg raya kt umah sy.Hehehehe....

Khamis, Ogos 07, 2008

Jalan-jalan Cari Cendawan

Pada hari Rabu yg lps 06/08/08 sy telah membuat keputusan untuk bercuti.So saya sattlekan kerja rumah pastu dlm kul 10.00pg sy bergerak ke Destinasi yg hendak ditujui iaitu Rumah Cendawan Pak Syed Cendawan Sungai Udang.Erm dari rumah sy tu agak jauh la coz sy dah dkt ngan sempadan johor dia lak dah dekat ngan sempadan N9.Tapi dek kerana dah berjanji dan ingin timba ilmu serta nak dapatkan tips dan kengkonon dapatle direct contact.Tp sy paham PakSyed jgn risau kite sesama berniaga kan?Hehehe (Dia je yg paham)

Sy kuatkan semangat ke sana.Dah la sesorang drive huby keje so apo nak kato dah nasib badan den.So masa sampai kt tmpt Pak Syed ni sy terperanjat sesangat coz sy ingat kwsn perkampungan gegupa banglow tu...2 houses become 1.So korang bayangkan le sendiri rumah kos mewah 2 biji jd 1 biji umah.Sorry PakSyed citer umah awak ni.Hehehe...Ala puji bukan keji pun..Masa sy sampai ada 2 org pekerja beliau sdg bekerja membuat bongkah.Pekerja beliau mmg tekun buat keje.Leh pinjam PakSyed?Hehehe...

Selain dari sy kebetulan sepasang suami isteri dtg ke tmpt beliau untuk mengambil bongkah yg telah dikeluarkanoleh PakSyed.Sy pun tnya la nak buat apa?(Dalam fikiran mesti nak bagi cacing dia makan ni)So telahan saya benar mereka mengusahakan ternakan kambing dan cacing.So kami dapat la bertukar2 pandangan.Kan PakSyed?So apa yang nak saya cerita kali ni ialah beliau telah memulakan usahanya baru 2 bulan tapi dia pergi course bulan February kalau tak salah dengar.Sorry kalau salah PakSyed.Sy kagum ye la walau baru 2 bulan tp beliau dah mempunyai pengalaman dan jaringan contact supplier bahan mentah 4 pembuatan cndwn.Pd sy mungkin kerna beliau seorang kontraktor maka memang le ramai kenalan.Tp kata beliau dia keluar mencari ilmu selepas kursus tu.Rata berjalan dan hasilnya bagus.Mcm sy juga jalan2 cari info.Tapi sy tertarik dgn mesin steamer beliau ygmana dibuat sendiri olehnya dan menggunakan elektrik.Beliau ada menerangkan sedikit sebanyak perbezaan RM jika kita guna gas dan elektrik.So sy ni bkn org pendawaian elektrik tp paham la juga sesikit.Memang bnyak save jika guna elektrik.boleh load dlm 400 bongkah.7 jam kukus kos dalam x sampai RM20 so mmg jimat.Tu yg ingt bila tempat baru siap sy nak guna elektrik je.Ni yg kat bawah ni gmbar di tempat beliau.Sapa yg nak dtg tu dialu2kan.Ceh promote la pulak.Bukan promote tp kalau nak tips ttg water mist dan steamer sy rasa x salah kalau sy promote.

Yang ni pekerja beliau

Yang kt bawah ni gambar Pak Syed tuan punya umah bunglow & Cendawan Sungai Udang Melaka.Beliau pun lupa nak amek gambar so sy le minta izin amek gambar buat kenangan.He is a verry good man & ramah giler...


Tu yang kt blakang nu pekerja dia sedang mengayak/tapis habuk kayu nak bancuh lagi.Masa sy dtg mereka tgh bagging so masa nak balik mereka bancuh lagi.Memang rajin pekerja beliau mungkin PakSyed jaga dgn baik ni.


Di situ lah tempat habuk kayu beliau.Ermmm tak bnyk dah coz dah bnyk buat.Stok beliau pun dah nak abis dah.Masa sy ada bersama beliau hp x pernah senyap ade je org call beliau nak tnya dedak la habuk la memacam lg.So kira dah tahap berjaya la walau baru 2 bulan.

Isnin, Ogos 04, 2008

Mahalnya Winter Mushroom

Pada hari Sabtu yang lepas sy telah ke pasar besar cari sayur dan ikan nak buat stok seminggu.So sambil memilih tu ada satu insiden yg terjadi yg mana seorang aci telah memekak marah coz cendawan dia kena 'sapu'.Padahal sy nampak dia amek dan letak dlm bakul dia dan menunggu giliran 4 bayar le.Tapi dek kerana ramai ari tu so dia g la cari bahan lain agaknye la.So sampai la giliran dia bayar.Sy yang duk kt belakang dia ni terperanjat tetiba dia memarahi tokey kedai ni coz cndwn dia ilang 1.Untuk pengetahuan semua cendawan yg di beli ada 2 jenis cendawan tiram dan Winter. So yg ilang tu cendawan yg kt gmbar bawah ni.
So dia suruh tokey tu kuar kan yg lain malangnye dah abis.Dia pun apalagi ngamuk la dan terus tinggalkan bakul naik motor balik kot...So sy tanya la ngan tokey tu xde lg ke cndwn tu dia kata mmg xde,masa cdnwn tu lum ilang sy smpat la tgk harga dia dan berat serta pengeluar dia sapa rupa2nya import dari Thai..Tokey tu pun kata mmg satu melaka ni xde pengeluar dari M'sia so sy kata kt tokey tu sabar le nanti mesti ade..Aku ler kengkonon nak jd salah seorang pengeluarnye hehehe.Bercakap (dalam hati).Apalagi tokey tu kata "ha bagut la nanti wa kalu lu jd itu tokey ini cndwn wa amek sama lu x payah g tmpt lain ma."Itu le yg menjadikan sy teruja nak memvariasikan tanaman cendwan aku ni.Dia mmg amek cendawan tiran sy so leh la cucuk jarum.Mahal tau harga dia,x sampai 100gm dah RM2.00 ciput je cndwn dia bila kena goreng kalu takat sebungkus beli maknanye sorang je leh makan.Tu la kpd sesapa yg ade info atau menganjurkan kursus tanaman cndwn ni sila le bg tau ye.Selain tu sy juga cari pembekal benih cndwn kukur,cndwn busut dan cndwn jerami.
.PLEASE INFORM ME IF U GOT THE INFO.